BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 8 September 2011

PETUA KECANTIKAN

1.Banyakkan minum air terutamanya air masak dan jus buah-buahan.
2.Bijak mengawal stress.(kenapa??)Sebab,tekanan perasaan atau terlalu memikirkan masalah yang dihadapi secara tidak langsung mempercepatkan lagi proses penuaan.
3.Berpenampilan menarik seperti menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas.
4.Anda digalakkan bangun awal seelok-eloknya pukul6.30a.m.Sebaik-baiknya,selepas solat subuh jangan tidur sebaliknya lakukan aktiviti.Embun di waktu subuh elok untuk kulit.
5.Bersenam,contohnya jogging di waktu pagi.Selain dapat menjaga kesihatan,jogging di waktu pagi juga membolehkan kulit muka kita mendapat sumber vitamin c dari sinar matahari.
6.Jaga pemakanan dengan mengelakkan daripada kerap makan makanan berminyak dan pedas kerana dipercayai boleh menyebabkan jerawat.
7.Digalakkan kerap makan buah-buahan,terutamanya buah tomato.Buah tomato banyak khasiatnya,mengamalkannya boleh mencantikkan  serta menghaluskan kulit.
8.Elakkan kerap minum minuman sejuk,dan minum ketika makan kerana menyebabkan perut buncit.
9.Kerap cuci muka,3 kali sehari terutamanya sewaktu mahu tidur.tanggalkan semua mekap sebelum masuk tidur.
10.Anda digalakkan makan ulam-ulaman yang banyak khasiatnya untuk kesihatan,dan kecantikan.
11.Basuh muka dengan air sejuk/ais batu boleh menggantikan penggunaan toner dimana air sejuk boleh mengecilkan liang roma dan menghaluskan kulit.Boleh diamalkan setiap kali sebelum mengenakan mekap.

p/s:Petua diatas diyakini antara petua yang boleh diikuti dan tidak memudaratkan ....selamat mencuba!!!!

Isnin, 5 September 2011

BenGang!!!!

Arrrrgh...bengang arrr....aku dh oder punye lama mee bandung kat cafe.....pastu aku lah org terawal dtg cafe nak ambil mee bandung aku....tak lapar sangat pon.....tapi jenuh dok nunggu lama...
      bengang arr....mak cik tu....mee nye dh ade dh...aku oder bungkus punyer....tapi kat meja dlm kaunter tu...camner nak ambil....mak cik tu wat derk jew denngan aku.....
      Last2 tu...aku rasa aku dah terkasar bahasa dengan mak cik cafe tu.....rasa bersalah pulak....tapi......BENGANG GILER!!!!

Ahad, 4 September 2011

suatu ketika dahulu...

Tadi kami semua student nurse yang dalam proses menunggu result peperiksaan yang dianggap penting
buat solat hajat.Solat hajat demi untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
      Kusangkakan tak akan tempuhi lagi alam student sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan.Yela kan,aku nie bukan lah kategori orang yang suka belajar or otak tajam.Yang aku taw,habis je sekolah....nak terus kerja.
      Antara carieer yang menjadi pilihanku,adalah sebagai kartunis,atau bidang yang berkaitan dengan kesenian....confirm tak tension buat kerja..tapi,bila difikirkan balik,hasil seni tu kena betul-betul diiktiraf oleh orang lain.....bukan senang...
      Tapi....kerjaya yang satu ni confirm bukan aku sorang je yang nak.Siapa-siapa pun mesti kadang-kadang idamkan kerjaya ini iaitu menjadi penyanyi.Hehehe...ade bakat ker...???nak berkaraoke pun,ttak pernah.Harap nyanyi kat dapur time basuh pinggan harap-harap bukan jodohku dengan  orang tua.Huh!tak mungkin kerjaya ini diretui oleh kedua-dua orang tuaku.....
      Apa pun,ku bersyukur kerana kini aku sedang mengorak langkah untuk merealisasikan impian ku yang juga kerjaya yang ku idam-idamkan suatu ketika dahulu.....cuma...setapak je lagi.Sabar....sabar....
       Ye.....cita-cita aku dah dianggap tercapai lah ni.....dulu macam-macam yang aku nak jadi....antaranya termasuklah profession jururawat.
       Ya..setapak je lagi,lulus je exam,maka bolehlah kamimeneruskan pengajian di kolej jururawat ini,dan selepas ini ada lagi satu exam besar,iaitu exam final.Yang peritnya,aku kini berada di perantauan....menagih ilmu di tempat orang.....demi kesenangan masa hadapan
       Tak apa lah...susah - susah dulu sekarang....esok-esok...senang lah.....setiap kesenagan kan ada harga yang perlu dibayar,,,,

Sabtu, 3 September 2011

Angin RindU

Oh angin....sampaikan rinduku padanya....moga dihari mendatang masih berkesempatan kita bertemu.
     Betapa rindu ini masih mendalam...
         Pertemuan semalam sekejap cuma....
             Namun cukup bermakna.Bukan perpisahan ini yang kupinta namun kutahu berpisahnya kita  hanya sementara.Perpisahan ini bukan kerana ku tak sayang.Perpisahan ini bukan kerana kesilapan kita...tapi kerana aku mahu membalas segala jasamu....segala pengorbananmu....
                           MAK,ABAH...doakan kejayaan anakmu ketika di perantauan ini....

Realiti vs fantasy

Seronoknya bila mempunyai muka yang cantik,badan yang sihat,harta melimpah ruah,dan disayangi oleh semua orang.Sering kali menjadi angan-anganku.Namun,tak semuanya aku dapat.Realiti kan tak sama dengan fantasy.
    SO,buat apa nak membazir masa,duduk termenung angan-angankan perkara yang diidam-idamkan??Bohonglah kalau dalam masa sehari tak pernah langsung diri ini berangan.Bukan apa,cuma untuk menyedapkan hati.Tatkala hati sering dilukai kerana terpaksa terima hakikat Realiti kan tak sama dengan fantasy!!!!
    Tapi,angan-anganku,bukan angan-angan Mat Jenin,ada antara perkara,yang suatu ketika dahulu ku angan-angankan,kini menjadi realiti...walaupun...ada yang Indah khabar dari rupa.Tak mengapalah,itupun bukan senang untuk menggapainya....Nak bawa ke alam realiti,perlukan pengorbanan,kesabaran,dan ketabahan.Asal saja disusuli dengan niat yang baik,dan berkat doa diri sendiri,serta doa dari kedua-dua ibu bapa,Insya Allah...KAMU AKAN BERJAYA!!!!!