BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 7 Januari 2013

Assalamualaikum,Alhamdulillah......bukan ape,setelah bertungkus lumus selama 2tahun setengah di negeri orang demi menuntut ilmu,akhirnya berjaya juga aku mendapatkan sijil kejururawatan masyarakat yakni sah la sudah bahawasanya aku kini sebagai seorang penjawat awam yang berjawatan sebagai Jururawat Masyarakat.
      Walaupun hanya pada peringkat sijil,bagi ku kejayaan ini cukup bebaloi.Kenapa??Kerana kali ini pembelajaran ku disini dapat dihabiskan dengan sebaik-baiknya.Manakan tidak,bila difikirkan balik bukan mudah untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia sewaktu menjalani latihan praktikal dulu.Terasa amat bermaknanya kerjaya ini setelah mengingat kembali kenangan pahit manis bergelar seorang pelatih jururawat walaupun hanya jururawat masyarakat bukan jururawat terlatih.
       Pada mulanya aku beranggapan jururawat semuanya sama.Rupa-rupanya terdapat beberapa pembahagian dalam bidang kejururawatan yang membentuk organisasi secara tidak langsung menjadikan kerja lebih bersistematik.Ok,dalam bidang kejururawatan ini,yang aku tahu dari peringkat bawah ialah Pembantu Perawatan Awam(PPK)diikuti dengan Jururawat Masyarakat,yang lebih kepada perawatan komuniti dan kebidanan,Kemudian Jururawat Terlatih(StaffNurse).Manakala untuk bidang pergigian,ada Jururawat Pergigian,Ketua bagi jururawat yang mengenakan baju berwarna biru pula dipanggil sebagai Sister dan yang paling tertinggi sekali ialah Mitren.Semua jawatan ini ada gred masing-masing,dan jika berpotensi tinggi boleh menyandang jawatan sebagai pengajar jururawat dengan gred u41 yang menyamai gred untuk doktor!
     Tak mengapa kalau aku cuma mampu belajar peringkat sijil je....tak mengapa jika bermula dari bawah.biar perlahan-lahan aku cuba mendaki ke jawatan tertinggi.Lagi pun,aku dah cukup bersyukur kerana setidak-tidaknya ada kerjaya untukku mencari rezeki yang halal...untuk membalas jasa ibubapa.Yang penting sekarang ini,aku sudah cukup berbangga kerana sudah punya masa depan.Moga tidak hancur sekelip mata....Insya Allah,dengan ini dapat aku mencari pahala dengan membantu saudara seIslam yang ingin mendapatkan bantuan ketika sakit...Walaupun kerjayaku ini memerlukan kesabaran yang tinggi.