BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 31 Disember 2013

Assalamualaikum 2014......sayonara 2013

Assalamualaikum......

 


tiba-tiba malam  ni rasa gatal pulak jari ni nak menaip.

       Oh ya!Dah berbulan-bulan jugak rasanya tak jenguk ini belog.Nasib baik masih bernyawa.

        By the way  ketika saya menaip ni lagi beberapa jam saja lagi tahun baru yakni tahun 2014 akan menampakkan dirinya.Tak sangka yang diri ini sudah semakin tua.Sejujurnya saya tak rasa pun yang di usia 23tahun ini saya berkelakuan seperti orang dewasa.Bukan apa,saya masih normal,tapi masih banyak perkara yang perlu saya belajar untuk membuat keputusan yang bijak.
         Siapa-siapa pun pasti setuju dengan saya,ada banyak perkara yang kalau boleh kita berpatah balik nak je ke masa silam dan perbetulkan segala kesilapan yang berpunca dari silap percaturan dahulu.Apa pun saya bersyukur kerana rasanya saya belum cukup binasa dan masih boleh bernafas lagi dek kerana kesilapan-kesilapan yang lalu.Maksud saya dalam beberapa perkara yang walaupun hanya perkara kecil tetapi akhirnya saya cakap dalam hati(ish kenapalah aku buat begini......la....kalau buat macam tu kan lagi baik......owh...macam tu rupanya.....ish menyesalnya....eh rugi lah aku)
         Bila diambang tahun baru sebelum ni saya rasa sangat seronok walaupun hanya meraikannya di rumah.Ya,saya tak merasa pun pergi ke mana-mana konsert ambang tahun baru yang bersesak-sesak dengan orang ramai.Malam-malam macam tu baik dok rumah je tengok bunga api dalam tv pastu tido...hehe....nonsense.Hakikatnya saya bukanlah jenis kaki merayap lagi-lagi waktu malam cenggitu.Buatnya time nak balik rumah terserempak dengan hantu macam mana pulak???
          Tetapi tahun baru kali ini terasa hati ini sayu.Tak sangka yang kini umur saya sudah pun menjangkau umur 24tahun.Tua dah kan??Betapa selama ini saya terasa banyak perkara yang masih belum tercapai.Ruginya masa yang berlalu begitu sahaja.Entah berapa banyak dosa dan pahala yang sudah saya buat selama ini..
          OKEY.Azam saya untuk tahun baru 2014 ni ialah nak kahwin.Yeah....dengar macam seronok je hakikatnya calon pun tak ada lagi.Jangan lah anggap saya ni GATAI.Bila buka FB sakit je mata ni bila tengok kawan post gambar kahwin malah ada yang post gambar anak lagi tu .Mujur lah dalam ramai kawan-kawan yang dah kahwin tu cuma seorang je yang sebaya dengan saya.Sebaya......satu sekolah...satu kelas...satu kolej ye...nama pun hampir sama.JELES.



     Ehem..yang dalam gambar ni tiada gambar saya ye....di sebelah kiri tu mama saya dengan kawan baik saya di hari bersejarahnya....Tahniah Eliyanis......Semoga kekal abadi.
   
     wOW banyak lagi matlamat tak tercapai di tahun 2013 ni.Bukan matlamat mencari jodoh semata-mata. Moga ALLAH panjangkan umurku.....kedua-dua orang tua ku.....serta adik-adikku.Malah dimurahkan rezeki kami di tahun hadapan.
      Apa pun masih ada kenangan manis di tahun 2013  ni....hehehehehe....






     

Isnin, 7 Januari 2013

Assalamualaikum,Alhamdulillah......bukan ape,setelah bertungkus lumus selama 2tahun setengah di negeri orang demi menuntut ilmu,akhirnya berjaya juga aku mendapatkan sijil kejururawatan masyarakat yakni sah la sudah bahawasanya aku kini sebagai seorang penjawat awam yang berjawatan sebagai Jururawat Masyarakat.
      Walaupun hanya pada peringkat sijil,bagi ku kejayaan ini cukup bebaloi.Kenapa??Kerana kali ini pembelajaran ku disini dapat dihabiskan dengan sebaik-baiknya.Manakan tidak,bila difikirkan balik bukan mudah untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia sewaktu menjalani latihan praktikal dulu.Terasa amat bermaknanya kerjaya ini setelah mengingat kembali kenangan pahit manis bergelar seorang pelatih jururawat walaupun hanya jururawat masyarakat bukan jururawat terlatih.
       Pada mulanya aku beranggapan jururawat semuanya sama.Rupa-rupanya terdapat beberapa pembahagian dalam bidang kejururawatan yang membentuk organisasi secara tidak langsung menjadikan kerja lebih bersistematik.Ok,dalam bidang kejururawatan ini,yang aku tahu dari peringkat bawah ialah Pembantu Perawatan Awam(PPK)diikuti dengan Jururawat Masyarakat,yang lebih kepada perawatan komuniti dan kebidanan,Kemudian Jururawat Terlatih(StaffNurse).Manakala untuk bidang pergigian,ada Jururawat Pergigian,Ketua bagi jururawat yang mengenakan baju berwarna biru pula dipanggil sebagai Sister dan yang paling tertinggi sekali ialah Mitren.Semua jawatan ini ada gred masing-masing,dan jika berpotensi tinggi boleh menyandang jawatan sebagai pengajar jururawat dengan gred u41 yang menyamai gred untuk doktor!
     Tak mengapa kalau aku cuma mampu belajar peringkat sijil je....tak mengapa jika bermula dari bawah.biar perlahan-lahan aku cuba mendaki ke jawatan tertinggi.Lagi pun,aku dah cukup bersyukur kerana setidak-tidaknya ada kerjaya untukku mencari rezeki yang halal...untuk membalas jasa ibubapa.Yang penting sekarang ini,aku sudah cukup berbangga kerana sudah punya masa depan.Moga tidak hancur sekelip mata....Insya Allah,dengan ini dapat aku mencari pahala dengan membantu saudara seIslam yang ingin mendapatkan bantuan ketika sakit...Walaupun kerjayaku ini memerlukan kesabaran yang tinggi.