BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Mengenai Saya

Seorang insan biasa yang hidup penuh ranjau duri berhadapan dengan pelbagai kerenah menusia yang adakalanya mencabar tahap keimanan.
    Seorang yang sukakan nama MARISSA,tapi nama pemilik blog ini ialah Anis Aida Binti Mior Ariff Shah,yang lahir di sebuah daerah di Perak yang bernama Kuala Kangsar..bandar diRAJA tu...bangge...hehe.Tapi kampung je kat sana....membesar di Batu Gajah.Belajar dari sekolah rendah sampai menengah at St Bernadettes Convent.
    Ape pun...dengan banggenye orang yang menaip ni,yakni pemilik blog ni...adalah sebahagian dari insan-insan yang sedang berusaha menambah ilmu untuk menjadi seorang jururawat.
    Iye.......SAYA SEORANG BAKAL JURURAWAT.Insya Allah,tak akan hampakan harapan kedua-dua ibu bapa yang bertungkus lumus membesarkan saya.Ternyata anak mereka ni dilahirkan untuk memberi khidmat pada masyarakat,especially pada golongan ibu mengandung.Betapa ia memang cita-cita sejak dari zaman persekolahan......Alhamdulillah...
    Tapi nak mengharungi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang jururawat bagi saya cukup sukar....tak apelah....hadapi masalah dengan tenang...selagi ada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong....segalanya akan saya harungi dengan tabah.Lagi pun...mana ada kerja yang senang kat dunia ni.....selalu saya berpegang pada prinsip.....ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN!!Alang-alang dah jejakkan kaki di Kolej ini....biarlah sampai ke konvokesyen dan menabur bakti pada masyarakat.
    Takdir saya...Allah yang tentukan...saya hanya mampu berusaha...