Assalamualaikum,Alhamdulillah......bukan ape,setelah bertungkus lumus selama 2tahun setengah di negeri orang demi menuntut ilmu,akhirnya berjaya juga aku mendapatkan sijil kejururawatan masyarakat yakni sah la sudah bahawasanya aku kini sebagai seorang penjawat awam yang berjawatan sebagai Jururawat Masyarakat.
Walaupun hanya pada peringkat sijil,bagi ku kejayaan ini cukup bebaloi.Kenapa??Kerana kali ini pembelajaran ku disini dapat dihabiskan dengan sebaik-baiknya.Manakan tidak,bila difikirkan balik bukan mudah untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia sewaktu menjalani latihan praktikal dulu.Terasa amat bermaknanya kerjaya ini setelah mengingat kembali kenangan pahit manis bergelar seorang pelatih jururawat walaupun hanya jururawat masyarakat bukan jururawat terlatih.
Pada mulanya aku beranggapan jururawat semuanya sama.Rupa-rupanya terdapat beberapa pembahagian dalam bidang kejururawatan yang membentuk organisasi secara tidak langsung menjadikan kerja lebih bersistematik.Ok,dalam bidang kejururawatan ini,yang aku tahu dari peringkat bawah ialah Pembantu Perawatan Awam(PPK)diikuti dengan Jururawat Masyarakat,yang lebih kepada perawatan komuniti dan kebidanan,Kemudian Jururawat Terlatih(StaffNurse).Manakala untuk bidang pergigian,ada Jururawat Pergigian,Ketua bagi jururawat yang mengenakan baju berwarna biru pula dipanggil sebagai Sister dan yang paling tertinggi sekali ialah Mitren.Semua jawatan ini ada gred masing-masing,dan jika berpotensi tinggi boleh menyandang jawatan sebagai pengajar jururawat dengan gred u41 yang menyamai gred untuk doktor!
Tak mengapa kalau aku cuma mampu belajar peringkat sijil je....tak mengapa jika bermula dari bawah.biar perlahan-lahan aku cuba mendaki ke jawatan tertinggi.Lagi pun,aku dah cukup bersyukur kerana setidak-tidaknya ada kerjaya untukku mencari rezeki yang halal...untuk membalas jasa ibubapa.Yang penting sekarang ini,aku sudah cukup berbangga kerana sudah punya masa depan.Moga tidak hancur sekelip mata....Insya Allah,dengan ini dapat aku mencari pahala dengan membantu saudara seIslam yang ingin mendapatkan bantuan ketika sakit...Walaupun kerjayaku ini memerlukan kesabaran yang tinggi.
Isnin, 7 Januari 2013
Rabu, 22 Ogos 2012
ANEKA KEK
Hai....cantik tak kek diatas ??ada lagi di bawah ni
............ dan ini lagi ..............
For your information,kesemua kek diatas adalah hasil air tangan ibu saya sendiri.Bermula dengan hanya menghadiri beberapa kelas belajar buat kek,kini terdapat banyak tempahan kek dan biskut sampai tak menang tangan tau...
Sian gak kat my mom kena buat sendiri at dapur rumah kami....al maklum la...saya mana ada kat rumah,kena stay at ostel di Kuala Pilah memandangkan saya masih study lagi.Begitu juga dengan adik-adik saya yang lain yang sibuk dengan urusan masing-masing.
By the way.ini baru di peringkat permulaan.Saya yakin suatu masa nanti bisnes kek my mom ini akan maju dan akan tertubuhnya satu kedai kek nanti.
Jika anda berminat dengan kek-kek diatas,dan pelbagai lagi jenis-jenis kek yang menarik sama ada kek hari jadi,kek perkahwinan,dan pelbagai lagi..bolehlah menempah di
No Tel:0175201955
No Tel:0196345911
No Tel:0176489825
Pssst...dibawah ni ada lagi tau...sila cuci mata
Isnin, 20 Ogos 2012
aKU keMBaLI
FUH!!BERHABUK BELOG AKU NEH. ENGATKAN DH X WUJUD DAH. HEHE..LAME DH X RONDA2 DI ALAM TENET NI PASNI INSYAALAH KALAU ADE MASE AKU AKAN UPDATE NEW ENTRY
Khamis, 8 September 2011
PETUA KECANTIKAN
1.Banyakkan minum air terutamanya air masak dan jus buah-buahan.
2.Bijak mengawal stress.(kenapa??)Sebab,tekanan perasaan atau terlalu memikirkan masalah yang dihadapi secara tidak langsung mempercepatkan lagi proses penuaan.
3.Berpenampilan menarik seperti menjaga kebersihan diri dan berpakaian kemas.
4.Anda digalakkan bangun awal seelok-eloknya pukul6.30a.m.Sebaik-baiknya,selepas solat subuh jangan tidur sebaliknya lakukan aktiviti.Embun di waktu subuh elok untuk kulit.
5.Bersenam,contohnya jogging di waktu pagi.Selain dapat menjaga kesihatan,jogging di waktu pagi juga membolehkan kulit muka kita mendapat sumber vitamin c dari sinar matahari.
6.Jaga pemakanan dengan mengelakkan daripada kerap makan makanan berminyak dan pedas kerana dipercayai boleh menyebabkan jerawat.
7.Digalakkan kerap makan buah-buahan,terutamanya buah tomato.Buah tomato banyak khasiatnya,mengamalkannya boleh mencantikkan serta menghaluskan kulit.
8.Elakkan kerap minum minuman sejuk,dan minum ketika makan kerana menyebabkan perut buncit.
9.Kerap cuci muka,3 kali sehari terutamanya sewaktu mahu tidur.tanggalkan semua mekap sebelum masuk tidur.
10.Anda digalakkan makan ulam-ulaman yang banyak khasiatnya untuk kesihatan,dan kecantikan.
11.Basuh muka dengan air sejuk/ais batu boleh menggantikan penggunaan toner dimana air sejuk boleh mengecilkan liang roma dan menghaluskan kulit.Boleh diamalkan setiap kali sebelum mengenakan mekap.
p/s:Petua diatas diyakini antara petua yang boleh diikuti dan tidak memudaratkan ....selamat mencuba!!!!
Isnin, 5 September 2011
BenGang!!!!
Arrrrgh...bengang arrr....aku dh oder punye lama mee bandung kat cafe.....pastu aku lah org terawal dtg cafe nak ambil mee bandung aku....tak lapar sangat pon.....tapi jenuh dok nunggu lama...
bengang arr....mak cik tu....mee nye dh ade dh...aku oder bungkus punyer....tapi kat meja dlm kaunter tu...camner nak ambil....mak cik tu wat derk jew denngan aku.....
Last2 tu...aku rasa aku dah terkasar bahasa dengan mak cik cafe tu.....rasa bersalah pulak....tapi......BENGANG GILER!!!!
Ahad, 4 September 2011
suatu ketika dahulu...
Tadi kami semua student nurse yang dalam proses menunggu result peperiksaan yang dianggap penting
buat solat hajat.Solat hajat demi untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan.
Kusangkakan tak akan tempuhi lagi alam student sebaik sahaja menamatkan alam persekolahan.Yela kan,aku nie bukan lah kategori orang yang suka belajar or otak tajam.Yang aku taw,habis je sekolah....nak terus kerja.
Antara carieer yang menjadi pilihanku,adalah sebagai kartunis,atau bidang yang berkaitan dengan kesenian....confirm tak tension buat kerja..tapi,bila difikirkan balik,hasil seni tu kena betul-betul diiktiraf oleh orang lain.....bukan senang...
Tapi....kerjaya yang satu ni confirm bukan aku sorang je yang nak.Siapa-siapa pun mesti kadang-kadang idamkan kerjaya ini iaitu menjadi penyanyi.Hehehe...ade bakat ker...???nak berkaraoke pun,ttak pernah.Harap nyanyi kat dapur time basuh pinggan harap-harap bukan jodohku dengan orang tua.Huh!tak mungkin kerjaya ini diretui oleh kedua-dua orang tuaku.....
Apa pun,ku bersyukur kerana kini aku sedang mengorak langkah untuk merealisasikan impian ku yang juga kerjaya yang ku idam-idamkan suatu ketika dahulu.....cuma...setapak je lagi.Sabar....sabar....
Ye.....cita-cita aku dah dianggap tercapai lah ni.....dulu macam-macam yang aku nak jadi....antaranya termasuklah profession jururawat.
Ya..setapak je lagi,lulus je exam,maka bolehlah kamimeneruskan pengajian di kolej jururawat ini,dan selepas ini ada lagi satu exam besar,iaitu exam final.Yang peritnya,aku kini berada di perantauan....menagih ilmu di tempat orang.....demi kesenangan masa hadapan
Tak apa lah...susah - susah dulu sekarang....esok-esok...senang lah.....setiap kesenagan kan ada harga yang perlu dibayar,,,,
Sabtu, 3 September 2011
Angin RindU
Oh angin....sampaikan rinduku padanya....moga dihari mendatang masih berkesempatan kita bertemu.
Betapa rindu ini masih mendalam...
Pertemuan semalam sekejap cuma....
Namun cukup bermakna.Bukan perpisahan ini yang kupinta namun kutahu berpisahnya kita hanya sementara.Perpisahan ini bukan kerana ku tak sayang.Perpisahan ini bukan kerana kesilapan kita...tapi kerana aku mahu membalas segala jasamu....segala pengorbananmu....
MAK,ABAH...doakan kejayaan anakmu ketika di perantauan ini....


